Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.
Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 9,350 pelajar telah berjaya dalam permohonan mereka di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara pada sesi persekolahan tahun depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, kesemua pelajar cemerlang dari keluarga B40 ditawarkan ke SBP selari dengan hasrat mengembalikannya ke tujuan asal.

Daripada jumlah itu, seramai 52. 28 peratus atau 4,888 calon merupakan pelajar berpotensi golongan B40 di mana ia merupakan peningkatan sebanyak 15. 34 peratus berbanding sebelumnya.

“Meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP daripada kalangan golongan B40, jumlah sebanyak 52. 28 peratus itu merupakan satu pencapaian kerana secara perbandingan peningkatan pada kali ini adalah hampr 60 peratus berbanding jumlah pemgambilan tahun 2018.

“Secara tidak langsung pertambahan pengambilan pelajar B40 itu mencapai hasrat KPM dan kerajaan,” katanya lagi.

Tawaran kemasukan ke SBP juga mengabil kira keputusan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama penuh dan merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Psikometrik.

Dalam pada itu, mereka yang gagal boleh membuat rayuan secara atas talian di portal KPM – www.moe.gov.my bermula 21 Disember lalu dan setakat ini KPM telah menerima sebanyak 77, 487 permohonan.- MalaysiaGazette