Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Alasan sudah muak dan mual dengan ‘lompat kijang’ beberapa ahli Parlimen UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didakwa satu permainan politik yang cuba dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anaknya Nurul Izzah Anwar.

Menurut sumber MalaysiaGazette, Anwar mungkin lupa PKR terlebih dahulu telah mensucikan beberapa ahli UMNO yang kalah dalam pemilihan parti dan dijadikan calon pada pemilihan PKR lalu.

“Permainan politik jelik ala kebudakan sedang dimainkan oleh Anwar melalui anaknya, Nurul Izzah. Mungkin nyanyuk Anwar akibat kejutan mandat sebagai presiden PKR menyebabkan beliau terlupa.

“Melalui kuasa presiden sebelum ini yakni isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi kelulusan tanpa bersyarat kepada ahli-ahli Umno yang menyertai PKR terus masuk bertanding!

“Itu belum diungkit hal Julau. Ini bukan berita dalaman lagi tetapi sudah menjadi gosip politik sensasi negara. Nampaknya Anwar lebih nyanyuk dari Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Isnin lalu, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan kemasukan ahli-ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM yang boleh menggugat hasrat Anwar menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber lagi, Dr Mahathir masih ligat membaca gerakan Anwar walaupun usianya 93 tahun dan presiden PKR itu mengulangi kelakuannya sejak 1997 sekali lagi.

“Mahathir tak buta walaupun usia 93 tahun. Rakyat sudah meluat permainan politik Anwar yang lebih ketara menganggu perjalanan tadbir urus negara.

“Anwar iri hati kepada Azmin mungkin. Orang suruhan Anwar di Kedah, Johari Abdul sudah mengeluarkan kenyataan seperti pro-Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tentang janji-janji PRU-14,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Anwar itu dilihat sangat terdesak untuk menuntut jawatan Perdana Menteri seperti mana yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14 lalu.

“Tahap nyanyuk Anwar mungkin sudah capai tahap merah. Dia sudah gila menjadi PM. Jika gagal, karier politiknya malap.

“Patutlah Mahathir penjarakan Anwar. Perangai-perangai jelik Anwar cuba memandai seperti terlebih sudu daripada kuah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast