Donald Trump menyifatkan perjanjian nuklear Iran yang disertai Amerika Syarikat sebelum ini, teruk. - foto dailymail
Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengadakan perbincangan sulit untuk memecat Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powel, satu langkah yang akan mengeruhkan lagi keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu ketika ini.

Menurut dua sumber yang rapat dengan perkara tersebut, mereka tidak menyangka Trump akan memecat ketua bank pusat itu meskipun sering menyatakan bantahan sama ada secara terang-terangan atau sulit terhadap kempen menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin bagaimanapun di dalam hantaran Twitternya memaklumkan, Trump pernah memberitahu beliau yang cadangan untuk memecat Powell tidak pernah timbul.

“Saya tidak pernah bercadang untuk memecat Pengerusi Jay Powell malah saya tidak percaya yang saya ada hak untuk berbuat demikian,” kata Mnuchkin yang memetik Trump sebagai berkata.

Jurucakap White House dan Rizab Persekutuan enggan memberi komen.

Cubaan untuk memecat Pengerusi Rizab Persekutuan adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan dilihat sebagai serangan terhadap kebebasan bank pusat AS yang mana ia terpisah daripada pengaruh politik.

Ia akan memberi impak negatif kepada pasaran kewangan seluruh dunia.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast