KUALA LUMPUR- Tinggal kira-kira seminggu lagi sebelum kutipan dana untuk membantu melangsaikan hutang negara, Tabung Harapan Malaysia ditutup secara rasmi pada 31 Disember ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua pihak yang ingin membuat sumbangan perlu memasukkan wang atau cek secepat mungkin sebelum tabung tersebut dihentikan.
“Kerajaan akan memastikan sumbangan yang diberikan ini akan digunakan untuk melangsaikan hutang negara.
“Walaupun nilai hutang negara mencecah RM1 trilion jauh berbanding hasil kutipan THM, kerajaan sangat menghargai solidariti rakyat Malaysia dalam usaha menangani isu hutang negara ini.
“Kerajaan berharap agar semangat ini tidak luntur dan dapat dikekalkan selama-lamanya” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Setakat jam 9 pagi tadi sejumlah RM199,140,218.80 telah berjaya dikumpulkan.- MalaysiaGazette