Foto Instagram Abby Abadi.

KUALA LUMPUR – Pelakon Abby Abadi meminta wanita yang ingin membuang bayi mereka akibat terlanjur agar tidak berbuat demikian sebaliknya boleh menghubunginya.

Abby berkata, dia  membantu mencari keluarga angkat untuk mereka selain bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain

“Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby, sahabat!

“Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu-bapa yang sudi nak menjaga dia… Kenapa buang macam ini?

“Tolong, adik, kakak, makcik… Kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga… Please!,” tulisnya di Instagram.

Abby memuat naik status itu selepas mengulas laporan mengenai kes penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di sebuah surau di Kuala Lumpur semalam.

Pada Jun lalu, Abby dan suami, Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki, Muhammad Daiyan Fayyadh.

Pasangan itu kemudiannya mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.

Abby mempunyai tiga cahaya mata lain hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast