BENI, Republik Congo – Seramai 38 orang, kebanyakannya anggota tentera Republik Congo, cedera selepas sebuah pesawat pengangkut, Antonov, tersasar semasa mendarat di Beni, timur Congo, kata pegawai tentera.
Pesawat tersebut membawa 68 penumpang dan empat anak kapal, kata mereka. Tiada kemalangan jiwa.
“Terdapat 38 orang cedera, termasuk empat krew dan 26 tentera Congo dengan 8 lagi anggota tentera cedera parah,’ kata Leftenan Somwe Mulimbi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan di Lapangan Terbang Beni.
Jurucakap tentera, Kapten Make Hazukai berkata, pesawat tersebut ‘tersasar semasa mendarat’ namun beliau tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.
Pesawat Antonov buatan Rusia sering kali digunakan untuk mengangkut anggota tentera dan membawa barangan di Congo.
Pada Khamis lalu, sebuah pesawat Antonov 26 yang disewa khas oleh suruhanjaya pilihan raya nasional untuk menghantar barangan pilihan raya terhempas dekat Kinshasa. – Agensi