KLANG – Layakkah P. Waytha Moorthy menjadi menteri menjaga perpaduan apabila gagal membentuk perpaduan rakyat malah menjejaskan keharmonian negara.
Itu persoalan yang disuarakan oleh Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS), Abu Bakar Mohamed semasa himpunan aman yang diadakan khas untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim di sini hari ini.
Katanya, keberadaan Waytha sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu kini hanya menjejaskan keharmonian sehingga tercetusnya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield baru-baru ini.
“Sekarang ini saya ingin beritahu bahawa kita gesak petualangnya Waytha Moorthy ini dipecat.
“Layak ke dia jadi Menteri Perpaduan?” soalnya Abu Bakar di hadapan lebih kurang kira-kira 5,000 peserta himpunan khas untuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim di Dataran Seni.
GERAS juga selain itu menuntut Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang Negeri Selangor, V Ganabatirau, turut disingkirkan.
NGO yang bertanggungjawab menganjurkan himpunan itu dalam masa yang sama meminta agar tiada cubaan untuk menghina kedudukan Raja-Raja Melayu serta penjawat awam di negara ini selain menegaskan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dihapuskan.
Semua tuntutan ini seterusnya akan diletakkan di dalam memorandum yang bakal diaerahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Amirudin Shari.
Himpunan aman yang pada mulanya semua peserta berkumpul di Masjid Bandar Diraja Klang sebelum berarak ke Dataran Seni, diadakan demi menuntut pembelaan terhadap kematian allahyarham Adib pada 17 Disember yang lalu. – MalaysiaGazette