Tan Sri Law Heing Ding
Tan Sri Law Heing Ding

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Tan Sri Law Hieng Ding meninggal dunia pada pukul 4.56 pagi tadi pada usia 82 tahun.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Menurut isterinya, Puan Seri Ngui Soon Leng, upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Nirvana Memorial Center Sungai Besi pada hari esok dan lusa bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Mayat mendiang akan diterbangkan ke kampung halamannya di Sibu, Sarawak pada hari Jumaat.

Hieng Ding memegang jawatan menteri Kabinet itu pada 1990 hingga 2004 dan merupakan Ahli Parlimen Sarikei antara 1982 dan 2008.

Jawatan tertingginya dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) ialah Timbalan Presiden.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kui Hian yang mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang berkata, Sarawak kehilangan warganya yang telah berkhidmat untuk negeri itu dan Kabinet untuk tempoh 27 tahun.

“Seorang ahli parti SUPP dan pemimpin yang setia,” katanya dalam akaun Twitter beliau. – Malaysiagazdette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast