Berbaki enam hari lagi sebelum ditutup, jumlah Tabung Harapan Malaysia hari ini mencecah RM200 juta seperti disebut Kementerian Kewangan menerusi akaun Facebook rasmi sebentar tadi.
Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan pada 30 Mei lalu kini diparas RM200,032,580.24 dan ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengutip dana daripada individu atau organisasi bagi melunaskan hutang negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini membantah pelaksanaan bantuan tunai kepada rakyat dengan menganggap penerima BR1M adalah pemakan dedak.
Menurut satu entri twitter Datuk Seri Najib hari ini, beliau menyelar Bantuan Sara Hidup oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti dedak basah dan mengkritik tindakan kerajaan yang mengguna pakai database Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk mengagihkan Bantuan Sara Hidup tersebut.