Ikan Paus
Jepun mengambil langkah berani untuk mengaktifkan semula pemburuan paus komersial selepas ini disebalik kritikan pelindung paus antarabangsa (IWC)

TOKYO – Jepun bakal memulakan semula aktiviti pengkomersialan dan perniagaan ikan paus pada Julai tahun depan.

Langkah berani negara matahari terbit itu dijangka menerima kritikan peringkat antarabangsa.

Jepun berkata, bagi mengelak kritikan, ia akan menarik diri daripada keanggotaan Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC).

IWC merupakan suruhanjaya yang bertanggungjawab memulihara ikan paus yang semakin pupus akibat penangkapan secara tidak terkawal.

Pengkomersialan ikan paus diharamkan oleh IWC pada 1986 selepas beberapa spesis ikan paus dikesan hampir pupus.

Pegawai tertinggi kerajaan itu yang merupakan ahli IWC sejak 1951 berkata, pemakanan ikan paus merupakan sebahagian daripada budaya rakyat negara itu.

Untuk bertahun lamanya, Jepun memburu ikan paus atas alasan penyelidikan sains dan untuk menjual daging ikan itu.

Program berkenaan bagaimanapun dikecam hebat oleh aktivis dan organisasi pemuliharaan.

Pengumuman pada hari ini sememangnya telah dijangkakan, tetapi kumpulan pemuliharaan memberi amaran kepada Jepun bahawa tindakannya akan memberi implikasi yang besar.

Ini bermakna Jepun berupaya untuk memburu spesis ikan paus yang kini dilindungi oleh IWC, iaitu jenis ‘Minke’.

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga berkata, ikan paus komersial akan dihadkan sekadar di perairan Jepun dan zon ekonomi.

Jepun akan berhenti memburu ikan paus di Lautan Antartik dan hemisfera selatan.

Kumpulan konservasi menyambut baik langkah Jepun itu sebelum ia disahkan secara rasmi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kkerajaan Jepun mendakwa IWC tidak komited untuk mencapai salah satu misinya iaitu menyokong pengkormersialan ikan paus secara seimbang.

Sebilangan besar komuniti di pesisir pantai Jepun telah memburu ikan paus sejak berabad lamanya tetapi kadar penggunaannya di negara itu hanya melonjak selepas Perang Dunia Kedua apabila ikan paus menjadi sumber daging utama ketika itu sebelum menjunam beberapa dekad kebelakangan ini.

Menurut akhbar, Asahi, daging ikan paus hanya menyumbang 0.1 peratus daripada semua jenis daging yang dijual di negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast