A general view of the scene at the Marina beach in Madras, 26 December 2004, after tidal waves hit the region. Tidal waves devastated the southern Indian coastline killing 1000 people, the home minister said, warning that the grim death toll was expected to rise. Disaster struck just after dawn as a huge earthquake in Indonesia sent tsunamis crashing westwards, sweeping men, women and children out to sea. (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

LABUAN – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mula menggunakan dron dan anjing pengesan untuk mengesan mangsa tsunami yang masih tertimbus di sebalik runtuhan bangunan di Pantai Barat Jawa.

Angka kematian kini mencecah 429 orang.

Sehingga kini gunung berapi Anak Krakatau terus mengeluarkan awan berabu tebal.

Dalam kejadian Sabtu lalu di antara Pulau Sumatera dan Jawa, sekurang-kurangnya 154 orang masih hilang dan lebih 1,400 orang awam tercedera.

Ribuan penduduk telah ke kawasan tanah tinggi untuk menyelamatkan diri daripada letusan gunung berapi itu.

Pasukan penyelamat menggunakan jentera berat, anjing pengesan dan kamera khas untuk mengesan dan mengeluarkan mayat yang tertimbus disebalik lumpur dan runtuhan konkrit.

Jurucakap Agensi Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan, Yusuf Latif berkata, pada awal pihaknya menyangkakan beberapa lokasi lain tidak terjejas akibat tsunami.

“Bagaimanapun kini kami memulakan pencarian di kawasan pedalaman memandangkan kebanyakan mangsa ditemui di sana,” tambah beliau.

Pihak berkuasa Indonesia menjelaskan pasukan penyelamat bekerja 24 jam sehari untuk tiba di enam kampung yang kini terputus perhubungan darat akibat ombaak tsunami setinggi lima meter.

Sementara itu, agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia menasihatkan penduduk supaya menjauhkan diri sejauh 1 kilometer dari pesisir pantai ekoran risiko cuaca melampau pada Rabu dan ramalan ombak setinggi 2 meter.

Pakar juga memberi amaran terdapat potensi bencana kedua berulang pada bila bila masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast