Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
- Gambar hiasan.

KUANTAN – Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang pemandu bas bagi membantu siasatan pergaduhan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini, yang videonya tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 44 dan 32 tahun ditahan secara berasingan bermula malam semalam hingga awal pagi ini, di sekitar Kuantan dan Maran.

“Lima suspek ditangkap pada 8.30 malam semalam, semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran. Seorang lagi suspek ditahan pada 9 malam semalam di hadapan kedai serbaneka di Inderapura di sini, yang kemudiannya turut didapati positif dadah.

“Tangkapan terakhir melibatkan pemandu bas yang berusia 32 tahun di IPD Kuantan pada pukul 1.15 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata, semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi tujuan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamad Noor juga mengesahkan pemilik gerai di R&R itu telah membuat laporan polis mendakwa dua pembantu kedainya ditampar, dicekik dan ditendang oleh seorang pemandu bas yang sering makan di kedai itu akibat salah faham.

“Pengadu mendakwa pekerjanya dikasari sedemikian selepas meminta pemandu bas itu menjelaskan bayaran RM1 bagi mencukupkan harga nasi lemak yang dijual RM2. Bagaimanapun, dia tidak mahu tindakan diambil kepada pemandu bas kerana mendakwa pekerjanya tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Mohamad Noor menambah, pembantu kedai makan berkenaan semasa disoal, mendakwa tidak mengetahui kejadian pemandu bas itu dipukul mahupun mengenali lelaki yang dilihat dalam video berkenaan.

Katanya, pemandu bas itu juga membuat laporan polis di Kuala Terengganu, Terengganu pada 3.30 petang semalam, mendakwa dipukul beberapa lelaki tidak dikenali kerana megesyaki disebabkan aduan pembantu kedai tersebut.

Semalam, video berdurasi seminit 48 saat tular di laman sosial menunjukkan pergaduhan di R&R Gambang arah Timur pada 1.30 pagi, 24 Disember yang dikatakan berpunca daripada salah faham. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast