Tanda 'Larangan Merokok' bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018.
Tanda 'Larangan Merokok' bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018.

PULAU PINANG – Seorang pemilik kedai kopi menjadi sasaran bidasan di alam maya kerana menjadikan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye sebagai bahan dalam notis larangan merokok.

China Press melaporkan, dalam notis yang ditampalkan di sebuah kedai kopi di Sungai Dua, Pulau Pinang, pemilik kedai itu menyatakan: “Merokok dilarang di kedai ini mulai 1 Januari, jika tidak puas hati, sila mencari Lee Boon Chye. Terima kasih!”

Pemilik kedai itu mengakui dia dimarah oleh ramai pihak di Internet yang melihat notis itu sebagai bernada keras terhadap Boon Chye.

Walau bagaimanapun, pemilik kedai itu mempertahankan “notis inovatif” itu sambil menyatakan dia tidak berniat untuk membahankan Boon Chye.

Katanya, meletakkan nama Boon Chye juga tidak salah kerana timbalan menteri itu yang memulakan inisiatif melarang rokok di kedai kopi.

Pemilik kopitiam itu juga menjelaskan bahawa dirinya ialah penyokong Pakatan Harapan dan menyokong dasar larangan merokok.

“Walaupun begitu, dasar ini dijalankan secara terlalu terburu-buru,” katanya yang mencadangkan larangan merokok dimulakan dengan kedai besar sebelum diperluaskan ke kedai kecil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast