Foto Instagram Zizan Razak.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Zizan Razak menjelaskan perbualannya dengan penyanyi Linda Rafar bukan ditujukan kepada kerjaya seorang jururawat, sebaliknya ingin menggambarkan individu yang bersikap bodoh sombong.

Jelasnya, penggunaan ayat ‘not our level’ (bukan taraf kita) dalam perbualan mereka telah disalah erti oleh netizen yang menyebabkan pelakon filem Polis Evo 2 itu teruk dihentam di laman sosial.

Whatsapp antara Linda Rafar dan Zizan Razak berhubung isu kononnya pelawak itu memperlekehkan kerjaya seorang jururawat dimuat naik anggota kumpulan Elite itu.

“Assalamualaikum saya ucapkan kepada jururawat yang berada di seluruh Malaysia.

“Dalam isu ‘not our level’ saya tidak merujuk pada pekerjaan ya… Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.

“Jadi tak kisah apa bentuk pekerjaan pun, yang bodoh sombong dia bukan taraf saya termasuk juga rakan artis,” katanya menerusi Insastory.

Isu tersebut kecoh apabila Linda memuat naik mesejnya dengan Zizan di Instastorynya sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pelakon itu terhadap dirinya dan keluarganya.

Linda sebelum itu melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila ada yang memanipulasi kenyataannya itu dan meminta mereka bertemu dengannya di akhirat kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast