Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil diiringi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat kiri) dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tiga kanan) hadir pada perbarisan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 30 DISEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mencadangkan agar agenda bumiputera yang baharu dijenamakan semula.

Dalam ucapannya di hari kedua Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke 2 hari ini, Muhyiddin berkata, kaum Melayu harus menerima hakikat pencapaian kaum majoriti itu masih agar keterbelelakang.

Muhyiddin menggesa agar agenda bumiputera baharu itu dinamakan Pelan Kemakmuran Bersama.

“Di hadapan YAB Tun, pengerusi parti kita yang juga Perdana Menteri saya dengan rendah diri memohon agar Tun menyokong dan menerima cadangan ini untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

“Boleh Tun? Semua setuju?,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Cadangan itu mendapat tepukan gemuruh dan turut dipersetujui oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ujarnya, agenda itu nanti akan menumpukan kepada usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu dan bumiputera.

Ia termasuk peningkatan pendapatan isi rumah, kemajuan dalam bidang kerjaya dan keusahawanan, serta kenaikan dalam kadar gaji, nilai simpanan dan pemilikan aset.

Sebelum ini, dalam majlis perasmian Persidangan Tahunan Srikandi dan Armada, Muhyiddin telah mencadangkan supaya satu agenda Bumiputera dijadikan dasar teras kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, penjenamaan semula ini termasuklah prasyarat utama dasar ini dalam mewujudkan kemakmuran negara yang dapat dikongsi secara adil dan saksama oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, kelas dan wilayah.

“Yang ingin kita wujudkan ialah keadilan dan kesaksaman dalam pendapatan dan pemilikan kekayaan dalam kalangan rakyat. Tidak ada satu kumpulan pun dalam masyarakat kita yang ketinggalan.

“Dengan itu, kita dapat mewujudkan kestabilan, kesepaduan dan kemakmuran dalam negara kita yang dikecapi oleh semua rakyat. Justeru, Agenda ini bukanlah agenda kaum, tetapi satu agenda nasional,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast