IMBAS KEMBALI. Tan Sri Lim Kok Wing (kanan sekali) bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan gimik pelancaran bersama Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem pada Majlis Pelancaran TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam pada 27 September 2017.foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Tan Sri Lim Kok Wing didapati menutup akaun Twitter beliau berhubung kecaman yang diterimanya oleh anak perempuan tunggal, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Marina Mahathir.

Hasil carian MalaysiaGazette di Twitter, akaun @Limkokwing sudah tidak dapat diakses.

Pengasas Universiti Limkokwing itu semalam dikecam hebat Marina ekoran satu ciapan daripada Kok Wing.

Pada Jumaat, Kok Wing memuatnaik status, “Betul kata Mahathir bahawa kita hanya perlu tetapkan di dalam minta dan hati kita untuk mencapai matlamat dan negara maju.”

Tweet itu dibalas Marina dengan mengkritik status yang ditulis Kok Wing itu.

“Tolong hentikannya @limkokwing! Di mana anda akan datang ke rumah kami tanpa diundang pada Hari Raya untuk meminta maaf. Hentikan,” tulis Marina.

Dalam ciapan lain, Marina turut mendedahkan bahawa beliau terkejut apabila mendapati Kok Wing berada di dapur rumahnya ketika rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Saya tak percaya apabila saya mendapati beliau (Kok Wing) terhendap-hendap di dapur kami,” tulisnya.

Marina mendakwa Kok Wing pernah memujuk bapanya supaya mendiamkan diri tentang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, isu selesai apabila Mahathir bertindak memaafkan memaafkan beliau yang pernah menyuruhnya menutup mulut daripada mengkritik Najib sebelum PRU-14. -MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/29/saya-pemaaf-kata-tun-m-ulas-pujian-lim-kok-wing/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast