KUALA LUMPUR – Syarikat baharu diambil alih, IHH Healthcare Bhd., Fortis Healthcare Ltd. mengumumkan peletakan jawatan juruaudit-juruaudit luarnya pada 28 Disember lalu berikutan IHH lebih berminat untuk menggunakan juruaudit-juruaudit daripada kumpulannya sendiri.
Menurut Business Standard yang berpangkalan di India, juruaudit luar Fortis iaitu Deloitte Haskin dan Sell LLP telah meletakkan jawatan yang mana.
“Langkah ini akan memudahkan proses audit dan mengurangkan kos serta keberkesanan masa,” kata Fortis.
Pada 13 November lalu, IHH mengambil alih 250.3 juta unit atau 31.3 peratus saham dalam Fortis dengan harga INR 40 bilion.
Ini sekaligus menjadikan IHH adalah pemegang saham terbesar di dalam syarikat India tersebut.-Agensi