KUALA LUMPUR – Apakah meminta kontrak dan jawatan setelah memenangi pilihan raya adalah prinsip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)?
Demikian soal Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitternya.
Katanya, setiap tahun Perhimpnan Agung UMNO (UMNO) sejak ia ditubuhkan tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana perwakilan tanpa segan silu meminta diberikan kontrak mahupun jawatan.
“Wahai #PPBM. Dlm Perhimpunan Agung #UMNO seingat saya sejak 1989 tak pernah perwakilan menggesa agar pimpinan kami diberi spt yg disebut ini.
“Kami juga ingin menang PRU bukan dgn kaedah yg tidak betul
Kami menjunjung prinsip demi #ABATA Agama Bangsa Tanah Air!
Itukah prinsip kamu?,” katanya.
Ahmad berkata demikian merujuk kepada pendedahan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa terdapat beberapa perwakilan menggunakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebagai platform untuk meminta kontrak.
Kecaman Syed Saddiq terhadap perlakuan itu bagaimanapun disifatkan oleh Naib Presiden parti itu, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman sebagai satu pandangan yang bodoh.
Kata Rashid, tidak mudah untuk pemimpin parti itu memastikan Pakatan Harapan meraih kemenangan pada pilihan raya yang lalu, justeru tambahnya tidak wajar ketua-ketua bahagian ditinggalkan begitu sahaja selepas kemenangan dicapai tanpa mendapat apa-apa. – MalaysiaGazette