Tun Dr. Mahathir Mohamad sedar mengenai desakan para perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk beliau terus memegang jawatan Perdana Menteri.
Namun katanya, matlamat utamanya sudah tercapai iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan memungkiri janji untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.
Dalam pada itu, Mahathir selaku Pengerusi Bersatu bersedia untuk mendengar kritikan sama ada ia keras atau tidak.