Mohd Hairul Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan FGV Holdings Berhad yang baharu.

Pelantikan beliau dimaklumkan di Bursa Malaysia.

Sebelum ini Mohd Hairul merupakan CFO di Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.

Malah, beliau pernah menjawat jawatan yang sama di Jabatan Tenaga dan Utiliti dan Jabatan Perladangan di Sime Darby Berhad.

Mohd Hairul, 48, adalah anggota Institut Akauntan Malaysia dan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast