Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu berkata, anak lelakinya yang ditahan oleh polis awal pagi tadi juga tertakluk kepada proses undang-undang seperti anak orang lain juga.

Menteri Pertahanan itu memberitahu, beliau dan keluarganya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

Mohamad berkata demikian dalam satu kenyataan yang mengesahkan penahanan anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam.

Ahmad Saiful, 31, ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan.

Serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Ampang itu dijalankan oleh satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 12.30 malam tadi.

Dilaporkan Ahmad Saiful telah dibebaskan dengan ikat jamin. – MalaysiaGazette