Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.
Gambar hiasan

SEOUL – Pengasas bersama sebuah laman sesawang pornografi terbesar Korea Selatan telah dijatuhi hukuman empat tahun penjara oleh mahkamah di Seoul.

Wanita itu, yang menggunakan nama keluarga Song, didapati bersalah membantu dan bersubahat dalam mengagihkan bahan-bahan lucah.

Soranet mempunyai lebih daripada satu juta pengguna dan menjadi tuan rumah beribu-ribu video haram, banyak yang difilemkan dengan menggunakan kamera pengintip dan berkongsi tanpa persetujuan daripada mangsa-mangsa dalam kalangan wanita.

Menghasil dan menyebarkan pornografi adalah haram di Korea Selatan.

Soranet ditutup berikutan bantahan awam.

Musim panas lalu, kumpulan wanita menganjurkan protes jalanan besar di seluruh Korea Selatan, mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang lebih serius terhadap pornografi haram.

Song juga didenda 1.4 bilion won (£980,000; AS$1.25 juta) dan diperintahkan menghadiri 80 jam pendidikan pencegahan keganasan seksual.

Wanita berusia 46 tahun itu adalah salah seorang dari empat orang, termasuk suaminya, yang menjalankan operasi laman sesawang itu dari tahun 1999 hingga 2016, menggunakan pelayan luar negara, laporan Korea Herald.

Dia melarikan diri ke New Zealand selepas polis mula menyiasat laman sesawang itu pada tahun 2015 dan dipaksa pulang ke Korea Selatan selepas pasportnya dibatalkan.

Beliau menafikan pertuduhan yang dikenakan dan mendakwa di mahkamah bahawa suami dan dua lagi pasangan yang menjalankan laman sesawang itu.

Tiga pemilik bersama laman sesawang itu merupakan pemegang pasport asing dan masih hilang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast