Walaupun PT3 bukan "peperiksaan" tetapi hanyalah "penilaian", tetapi perubahan mendadak yang berlaku masih memberi impak kepada pendidik dan pelajar.

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan diumumkan pada 17 Januari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari tersebut.

“Calon sekolah persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataahn hari ini.

Seramai 10,078 calon mendaftar untuk meduduki STAM 2018 di 257 pusat peperiksaan.

Daripada jumlah itu, seramai 2,724 orang (27.0%) adalah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Seramai 4,896 orang (48.6%) adalah calon sekolah menengah agama negeri, 851 orang (8.4%) adalah calon sekolah menengah agama rakyat, 1,428 orang (14.2%) adalah calon persendirian manakala 57 orang (0.6%) adalah calon sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan KPM dan 122 orang (1.2%) adalah calon luar negara (Kemboja) yang berdaftar dengan KPM.

Menurut KPM, selain itu calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888.

Menurutnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 17 Januari hingga 6 petang 23 Januari ini.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. – MalaysiaGazette