Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang sedang mengendalikan tinjauan mengenai sistem pendidikan negara memlelawa orang ramai mengemukakan cadangan.

Menurut JKD, pihaknya yang terdiri daripada 13 ahli sedang mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan dan institusi yang mempunyai cadangan dan perakuan ke arah menambah baik dan membawaa perubahan kepada sistem pendidikan negara.

“JKD juga telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak pihak berkepentingan dalam perbincangan secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum,” katanya dalam kenyataan.

Pada 6 Jun 2018, jemaah menteri dalam mesyuaratnya memutuskan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan JKD untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk menambah baik kurikulum dan sistem dari peringkat pra sekolah sehingga universiti.

Kajian semula dasar itu turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni.

Menurut JKD, ia juga telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam perbincangan secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum.

Orang ramai boleh berkongsi dan mengemukakan cadangan dan idea masiung=masing menerusi pautan http://goo.gl/forms/fq0dj2BFgQPoGEZx1.

Selain itu, borang khas bagi tujuan tersebut boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di e-mel [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast