KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat latihan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) jenis Pilatus PC-7 MKII yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) melakukan pendaratan kecemasan di landasan kolej tersebut di Alor Setar malam tadi.
Menurut kenyataan TUDM, pesawat tersebut diterbangkan oleh seorang pelatih dari Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) yang sedang melaksanakan penerbangan solo pada waktu malam.
“Pesawat latihan tersebut telah mula terbang pada jam 10.14 malam dan pesawat mengalami kecemasan semasa mendarat dapa jam 10.38 malam,” katanya.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, pesawat terbabit berjaya mendarat dan pelatih penerbangan yang terlibat dengan insiden itu disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti puca kejadian dengan lebih terperinci. – MalaysiaGazette