KUALA LUMPUR – Nampaknyagambar seorang wanita yang didakwa memberi wang kepada beberapa Orang Asli dipercayai di Cameron Highlands menjadi tular di media sosial.
Wanita berpakaian t-shirt merah bertulis Harapan itu juga mengundang komen netizen dan sindiran oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberi Cameron Highlands. Husnudzon,” ciap Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitternya hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu mengulas gambar yang ditag kepada oleh netizen BudakBatuGajah di twitter yang sebelum itu menulis ‘Musim pilihanraya ini hari-hari hariraya kan!”.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang berlaku sekarang.
Sementara itu, gambar yang sama turut mengundang komen bekas ahli parlimen di kawasan yang sama, Datuk C. Sivarrajh.
Beliau berkata; “Ini takpe sebab mereka federal government. Kalau kita bagi bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi”.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada bukti menunjukkan apa yang berlaku ada kaitan dengan unsur rasuah atau tidak.- MalaysiaGazette
orang kecewa banyak lah komplen. dengki ada sakit hati pun ada