Calon Pakatan Harapan, Manogaran Marimuthu bercakap kepada media ketika sesi ‘walkabout’ sempena kempen Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sungai Koyan 1, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 14 JANUARI 2019.

LIPIS – Pemberian wang sebagai duit minyak kepada para sukarelawan orang Asli oleh Pakatan Harapan (PH) bukan isu besar ketika ini sebaliknya lebih baik fokus untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Begitu jawapan balas oleh calon PH, M. Manogaran yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan bagi membuang masa berkempen dalam tempoh masa kritikal dan pendek itu.

“Ini bukan satu masalah besar, pemberian wang kepada sukarelawan sebenarnya tidak salah langsung di sisi undang-undang. Kita akan masukan pemberian wang ini sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya dalam penyata kelak. Mana salah?

“Pemberian wang bagi membeli undi ketika berkempen itu adalah salah, isu ini sangat jelas dan nyata.

“Kepada pembangkang, henti buang masa buat laporan polis. Masa tinggal sedikit, lebih baik tumpukan perhatian kepada kempen pilihan raya anda dan berkempen secara bersih,” katanya selepas sesi walkabout di Felda Sg Koyan 3 hari ini.

MGF14012019_CALON PH WALKABOUT05
Calon Pakatan Harapan, Manogaran Marimuthu bersalaman dengan pesakit kencing manis, Asrani Idrus, 67 ketika sesi ‘walkabout’ sempena kempen Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sungai Koyan 1, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 14 JANUARI 2019.

Manogaran mengulas isu penyebaran gambar dalam media sosial yang menunjukkan Orang Asli di bayar wang dalam sebuah majlis tertutup turut dihadiri oleh Manogaran dan pimpinan utama DAP lain seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar duit kecil nak beli strawberi..

ARTIKEL BERKAITAN: PH ‘beri’ duit kepada Orang Asli boleh pula?

Tambah Manogaran, selagi perbelanjaan untuk pilihan raya kawasan parlimen sesebuah parti masih dalam jumlah yang dibenarkan dalam lingkungan nilai RM200,000, tidak ada sebarang masalah.

“Seramai 60 sukarelawan datang ke Cameron Highlands menaiki motorsikal, kita hanya bayar wang petrol mereka. Itu sebagai penghargaan bukan beli undi,” ujarnya.

Semalam, Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai, Arvind Bharet mendedahkan pihaknya hanya memberikan bayaran balik kos petrol kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon Sabtu lepas. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Itu hanya duit ‘bayaran balik’ petrol – PH

MGF14012019_CALON PH WALKABOUT15
Calon Pakatan Harapan, Manogaran Marimuthu beramah mesra bersama sebahagian penduduk kampung ketika sesi ‘walkabout’ sempena kempen Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sungai Koyan 1, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 14 JANUARI 2019.