KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan ke Kochi, India mulai 31 Mac ini berikutan peningkatan permintaan.
Sehubungan itu, mulai hari ini hingga 20 Januari, orang ramai boleh menempah penerbangan ke Kochi dengan tawaran harga serendah RM299 dua hala untuk kelas ekonomi dan RM899 dua hala bagi kelas perniagaan.
Ia bagi penerbangan 31 Mac hingga 31 Ogos tahun ini, kata Malaysia Airlines Berhad.
Penerbangan setiap hari itu akan menggunakan pesawat B737-800. – MalaysiaGazette