KAMPAR – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah atas dakwaan merogol kakaknya di Mahkamah Majistret di sini.
Bagaimanapun, tiada hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh yang berusia 14 tahun kerana mahkamah sedang menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan.
Perbuatan tertuduh menyebabkan kakaknya yang berusia 16 tahun mengandung dan telah melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan pada 15 Disember lalu.
The Star melaporkan media tidak dibenarkan masuk ke mahkamah semasa prosiding berlangsung.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara Disember 2017 dan Mei 2018 di sebuah kediaman di Taman Diawan.
Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang mambawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pada 16 Disember lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan yang tidak menyedari bahawa dia hamil sehingga melahirkan bayi pada 15 Disember.
Dia telah melahirkan tandas di dalam rumah keluarganya.
Bayinya mengalami kecederaan kepala selepas jatuh ke dalam mangkuk tandas. – MalaysiaGazette