Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan operasi menembak gagak di beberapa lokasi di Kepong pada 17 Januari ini.

Lokasi-lokasi terlibat ialah di Jalan Kepong, sekitar Metro Prima, Kepong Baharu, Jinjang, Taman Beringin, Taman Wahyu, Taman Sri Murni, Taman Mastiara dan kawasan sekitarnya.

Operasi itu bermula pada pukul 5.15 petang hingga 8 malam bagi mencegah kekotoran najis burung gagak yang menjejaskan kawasan terlibat.

Sehubungan itu orang ramai dinasihat berhati-hati sewaktu berada di kawasan terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast