WASHINGTON – Hyundai Motor Co. dan sekutunya, Kia Motors Corp akan memanggil semula kira-kira 169,000 kenderaan di Amerika Syarikat kerana risiko kebocoran minyak.
Panggilan itu dibuat selepas panggilan sama dilakukan pada tahun 2017 susulan risiko kebakaran enjin yang menyebabkan firma itu terpaksa menaik taraf 3.7 juta kenderaan.
Paip bahan api bertekanan tinggi mungkin rosak atau dipasang dengan tidak betul ketika penggantian enjin semasa penarikan semula sebelum ini dan kesilapan itu berpotensi meningkatkan risiko kebakaran, kata syarikat-syarikat itu.
Syarikat automotif Korea itu berkata, penggantian itu bertujuan untuk melindungi kenderaan daripada kerosakan dalaman dan menawarkan jaminan baru untuk isu enjin.
Perisian “pengetuk sensor” mengesan getaran yang menunjukkan permulaan berlebihan pada galas rod penyambung.
Kia berkata, 20 peratus kenderaan yang terlibat sudah menerima pemberitahuan.
Panggilan semula itu membabitkan 68,000 pelbagai kenderaan Kia Optima, Sorento dan Sportage dari tahun 2011 hingga tahun 2014.
Manakala Hyundai berkata, ia menjejaskan 100,000 buah kereta Hyundai Soata dari tahun 2011-2014 dan Hyundai Santa Fe Sport keluaran 2013-2014.
Kia berkata, enam kebakaran dikaitkan dengan penarikan balik baru tetapi tiada laporan kecederaan, manakala Hyundai mengatakan ia tidak mempunyai laporan kebakaran berkaitan dengan penarikan balik baru itu. – MalaysiaGazette