Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Dalam keadaan majoriti rakyat berhadapan dengan kesukaran, mengapa Kementerian Kewangan begitu mudah memberi peruntukan khas kepada Kolej Universiti New Era (KUNE).

Persoalan itu ditimbulkan Ketua Penerangan Pas Malaysia, Nasrudin Hassan, yang membuat andaian adakah kerana kecenderungan politik dan agenda tertentu seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Katanya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak wajar bermain dengan isu perkauman termasuk dakwaan ekstremisme.

“Isu sebenarnya, menteri tidak berlaku adil dalam aspek pengagihan peruntukan kepada institusi pendidikan.

“Paling sedih, bagaimana peruntukan untuk sekolah daif di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

“Adakah mereka mendapat peruntukan lebih untuk membaiki infrastruktur dan meningkatkan kualiti pendidikan?” soalnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Nasrudin, Menteri Kewangan seharusnya bersikap jujur kepada rakyat, bukan membuat keputusan yang boleh mencetuskan isu perkauman.

“Dia seharusnya memberi fokus kepada prioriti pembangunan dan inklusiviti,” katanya.

Beliau turut menyatakan, sumbangan kepada KUNE tidak akan menjadi isu kontroversi sekiranya peruntukan untuk MyBrain tidak ditangguhkan.

Begitu juga katanya, jika kerajaan PH tidak memansuhkan bantuan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) dan menyukarkan sistem bayaran ansuran pinjaman PTPTN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast