ROM – Kira-kira 170 orang dikhuatiri maut selepas dua bot karam di Mediterranean, kata Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNCHR.
Tentera laut Itali berkata, bot-bot itu dari perairan Libra membawa 117 orang penumpang.
Magribi dan Sepanyol sedang cuba mengesan bot yang hilang itu.
Setakat ini UNCHR tidak dapat mengesahkan jumlah kematian.
Lebih daripada 2,200 orang maut ketika cuba melintasi perairan Mediterranean pada tahun 2018.
Seorang yang terselamat sedang dirawat di Maghribi selepas terdampar selama 24 jam di laut.
Pencarian kapal selama beberapa hari setakat ini tidak berjaya.
UNHRC berkata, beberapa negara telah menghalang badan-badan kebajikan daripada mencari dan menyelamat.
Bot kedua pula meninggalkan Libya pada hari Sabtu, menurut Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).
Jurucakap, Flavio Di Giacomo berkata, tiga orang yang terselamat memberitahu mereka seramai 120 orang menaiki kapal di Garabulli, Libya.
IOM berkata 4,216 pendatang telah menyeberang ke Eropah melalui laut dalam tempoh 16 hari pertama pada tahun 2019 – lebih daripada dua kali ganda bilangan yang tiba pada tempoh yang sama tahun lepas. – MalaysiaGazette