KUALA LUMPUR – Sistem perbankan BSN termasuk kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) kini tergendala.
Sehubungan itu, sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan pada masa ini.
Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani, BSN sedang meneliti perkara itu dan berusaha untuk membaik pulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan seperti biasa.
Sambil memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan, beliau berkata, perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman sesawang BSN di www.mybsn.com.my. – MalaysiaGazette