KUALA LUMPUR – Angkara video tari menari beberapa individu kehakiman dan perundangan negara, dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula yang bertelagah akibat percanggahan pendirian.

Ciapan Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad semalam yang berkata jika menari dalam majlis adalah tradisi buat peguam-peguam, maka ianya ia sepatutnya diubah.

Nik Nazmi memberikan contoh perkahwinan kanak-kanak dalam negara yang dilihat merupakan tradisi juga, namun perlu diubah.

“Isu saya bukan tentang menari tapi isunya mengekalkan jarak profesional dengan peringkat yang berbeza.

“Ya ianya tradisi. Tapi sama juga dengan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Kita mahu membuat perubahan bukan? Tradisi bukan statik dan perlu selari dengan masa,” tulisnya di Twitter semalam.

Kemudian bekas pemimpin pusat PKR, Latheefa Koya yang juga peguam menempelak rakannya dalam parti itu kerana bertindak memberikan perbezaan tradisi tarian dengan perkahwinan kanak-kanak.

“Sampahnya membezakan tradisi dengan pengharaman perkahwinan kanak-kanak. Apa kena dengan awak,” ujarnya.

Nik Nazmi semalam membangkitkan semula kritikan yang pernah dibuat terhadap bekas Peguam Negara Apandi Ali dahulu kerana menari bersama pemimpin Barisan Nasional (BN).

Is susulan penularan video Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong serta peguam kontroversi, Siti Kassim semasa majlis Opening of The Legal Year 2019 baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong hari ini mempertahankan dirinya yang bertindak menari di atas pentas bersama-sama yang lain atas permintaan penganjur untuk sebuah lagu sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. What the issue here? Is it moral? What if Minister, AG & CJ were Standing & Clapping to the tune of the Music. Is there an issue here?

    Moronic Idiots and their Moral Absolute. These Idiots are still being gripped by their Islamic phobia. Wake up & liberate your mindsets, to see a more Universal Value.

    The New World Order is about Liberating Prejudices & Orthodoxy.

Comments are closed.