999

CALIFORNIA – Senator Demokratik, Kamala Harris telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun depan.

Beliau adalah lapan calon yang akan bersaing dalam pencalonan parti.

Harris dipilih sebagai Senator California pada tahun 2016.

Sebelum itu beliau adalah Peguam Negara.

“Saya cintakan negara saya dan saya akan bertanding untuk kita semua,” katanya dalam wawancara bersama Good Mornung ABC.

Harris yang lantang mengkritik Presiden Donald Trump diibaratkan sebagai bintang yang bersinar dalam Demokrat.

Selain Harris, Elizabeth Warren, Kirsten Gillibrand, Tulsi Gabbard, John Delaney dan Julian Castro juga yang telah mengumum untuk bertanding.

Nama-nama calon itu menyaksikan buat pertama kali lebih satu nama wanita yang mencalonkan diri bagi persaingan jawatan Presiden dari Demokrat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast