KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menyelesaikan siasatan berhubung tuduhan-tuduhan terhadap Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebelum hari mengundi.
Hari mengundi bagi PRK Cameron Highlands adalah pada 26 Januari ini.
Ia termasuk aduan-aduan mengenai duit minyak, ugut pengundi Orang Asli, penyalahgunaan aset-aset kerajaan, kes jenayah menghalang calon Barisan Nasional, kes Timbalan Menteri Pakatan Harapan menceroboh kenderaan peribadi calon Barisan Nasional untuk merampas telefon bimbitnya.
Datuk Seri Najib Razak berkata, kesemua aduan itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Ini kerana, beliau risau PRK kali ini akan terbatal jika calon PH, M. Manogaran menang.
“Nanti PRK ke atas PRK lagi, hanya menyusahkan orang ramai dan membazir duit,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi. – MalaysiaGazette