Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad Yakob.

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan pusat memfailkan saman terhadap Kelantan berhubung isu Orang Asli hanya ‘membuka pekung di dada’ kata Menteri Besar negeri itu

Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu akan mendedahkan kesilapan Pakatan Harapan kerana kerajaan negeri hanya berperanan menyediakan tanah pertanian, sebaliknya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menyediakan infrastruktur.

“Sepatutnya mereka (Jakoa) menjadi ‘pengasuh’ untuk menguruskan kebajikan dan menyediakan infrastruktur.

“Kita hanya menyediakan tanah pertanian, kawasan rayau, tapak rumah dan sebagainya,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau selain itu memaklumkan kerajaan negeri Kelantan sehingga kini belum menerima surat saman

Ahmad Yakub dalam masa sama menganggap tindakan saman itu adalah strategi politik untuk meraih undi Orang Asli sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Namun kita percaya Orang Asli sekarang sudah cerdik untuk buat penilaian,” ujarnya.

Pada Jumaat lepas kerajaan Persekutuan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Kelantan kerana mendakwa menceroboh tanah Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor Gua Musang.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, saman tersebut dibuat kerana negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli, walaupun tanah dan perhutanan di bawah kuasa kerajaan negeri.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast