Zulkiflee Abbas Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Urusan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas akan menamatkan perkhidmatannya pada 2 April ini serta semua jawatan lain yang dipegang sejak 3 April 2017.

Kementerian Pembangunan Usahawan berkata, pihaknya sedang meniliti proses pelantikan baharu bagi jawatan tersebut.

Dalam kenyataan di sini, kementerian itu berkata, perubahan hala tuju positif Bank Rakyat itu selaras komitmennya dalam memupuk kepercayaan dan ketelusan dalam operasi.

Sementara itu, Zulkiflee mengucapkan terima kasih kepada pengurusan kementerian, lembaga pengarah dan semua pihak berkepentingan yang telah memberi sokongan dalam pelaksanaan peralihan starategi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast