Azhar Abdul Hamid berjabat tangan dengan Haris Fadzilah Hassan.

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan pelantikan Datuk Haris Fadzilah Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Serentak itu, Datuk Azhar Abdul Hamid melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim yang dipegangnya sejak 24 Oktober tahun lalu.

FGV dalam kenyataan di sini berkata, syarikat itu turut melantik beberapa muka baharu.

Photo1

Dari kiri – Mazri Abdul Rahim, Dr Christina Ooi Su Siang, Azhar Abdul Hami, Datuk’ Haris Fadzilah Hassan, dan Mohd Hairul Abdul Hamid.Mereka ialah Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan FGV; Mazri Abdul Rahim sebagai Ketua Sumber Manusia dan Dr Christina Ooi Su Siang pula mengetui pejabat pemerolehan.

“Saya mengalu-alukan pengurusan baharu FGV yang membawa kepakaran dan pengalaman serta keupayaan dalam menguruskan organisasi melalui kepimpinan mereka.

“Kepelbagaian kepimpinan penting untuk memastikan kejayaan FGV,” kata Azhar yang juga Pengerusi FGV.

Haris merupakan Pengarah Pengurusan Tanah dan Komersial MRT Corp, juga pernah menhawat jawatan Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan di Golden Hope Plantations Berhad serta Ketua Operasi Hiliran Sime Darby.

Mohd Hairul pula bekas Ketua Pegawai Kewangan di MRT Corp dan pernah menjawat jawatan sama di Jabatan Tenaga dan Utiliti Sime Darby Plantations. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast