Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan perkhidmatan mengutip sampah pukal secara percuma di kawasan-kawasan taman perumahan bermula 28 Januari sehingga 8 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik, Azfarizal Abdul Rashid memaklumkan, perkhidmatan ini hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan iaitu selama 12 hari dan pihaknya tidak akan melaksanakan kutipan terbabit selepas tamat tempoh yang dinyatakan.

“Perkhidmatan kutipan sampah pukal itu akan dilakukan mengikut jadual kutipan sampah domestik di kawasan masing-masing melalui permohonan yang dikemukakan penduduk.

“Penduduk yang telah membuat permohonan dikehendaki meletakkan sampah pukal di hadapan rumah mereka bagi memudahkan pihak KDEB melaksanakan kerja kutipan sampah pukal tersebut secara berperingkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penduduk yang berminat mendapatkan khidmat itu diminta mengemukakan permohonan dengan menghubungi talian Jabatan Pengurusan Alam Sekitar seperti 03-80263182, 03-80264363, 03-80267430, 03-80267431 dan 03-80267433. – MalaysiaGazette