MASwings dalam kenyataannya hari ini berkata, tiga laluan baharu itu ialah Kuching ke Limbang; Bario ke Long Lellang dan Bario ke Long Seridan, Sabah, mulai bulan ini.
Perjanjian itu yang berkuat kuasa dari 1 Januari, 2019 hingga 31 Disember 2024, dimeterai antara MASwings Sdn Bhd dan kerajaan, baru-baru ini.
Selain Kuching ke Limbang, perkhidmatan oleh ATR 69 tempat duduk MASwings, laluan lain dari negeri ini ialah dari Kota Kinabalu ke Mulu; dari Kuching ke Mulu; dari Miri ke Bintulu, Limbang, Mulu, Sibu dan Labuan; selain Bintulu ke Sibu.
Antara laluan operasi MASwings Viking ialah perkhidmatan dari Miri ke Ba’kalalan, Bario, Lawas, Long Lellang, Long Akah, Long Seridan, Long Banga dan Marudi; dari Mukah ke Miri; Bario ke Ba’kalalan dan Kuching ke Tanjung Manis.
Kenyataan itu menyebut makumat terkini mengenai jadual penerbangan, tambang dan maklumat berkaitan boleh diperoleh secara dalam talian di www.maswings.com.my. – MalaysiaGazette