Salah masih dicari bersama juruterbang dan pesawatnya yang hilang dari radar sejak Isnin lalu

ENGLAND – Misi pencarian pemain Cardiff City dan juruterbang pesawat yang hilang dari radar secara misteri di English Channels selama tiga lalu masih diteruskan.

Polis berkata, keputusan sama ada pencarian perlu diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas pencarian kedua-dua mereka selepas selesai di waktu pagi Khamis.

Penyerang Argentina yang baru menandatangani untuk Cardiff, Emiliano Sala, 28 dan juruterbangnya David Ibbotson hilang dari radar sejak Isnin lalu.

Polis Guernsey berkata, setakat ini tiada sebarang petanda kehilangan pesawat itu ditemui pihaknya.

Dalam twitternya polis menjelaskan bahawa: Kami memulakan pencarian di pedalaman menggunakan pesawat pencarian udara Pulau Channel Burhou, the Casquets, Alderney, serta di utara semenanjung Cherbourg”.

Pemilik pelabuhan Guernsey Kapten David Barker mengakui peluang mendapatkan kedua-dua mangsa secara hidup adalah tipis.

“Menurut pasukan pencarian di Pulau Channel, tempoh hidup seseorang dalam perairan sangat rendah, kami menjangkakan bahawa sekitar tiga jam sahaja.

“Tiada sesiapa yang lebih mengambil berat dan merisaukan keselamatan dua insan itu melainkan saya sendiri.

“Fokus saya masih lagi cuba memastikan kedua-dua mangsa masih selamat,” katanya.

Misi pencarian mangsa ditangguhkan pada malam Rabu selepas pencarian penuh pada hari kedua.

Ketua Pegawai Pencarian Udara Pulau Channel John Fitzgerald berkata, orang cergas pun hanya mampu bertahan selama beberapa jam sahaja dalam air.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast