Seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang di ladang kelapa sawit di Ladang Nenas, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.
Seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang di ladang kelapa sawit di Ladang Nenas, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

KLUANG – Seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang di ladang kelapa sawit di Ladang Nenas, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Penemuan ular sawa batik sepanjang enam meter tersebut menggemparkan pekerja ladang berkenaan selepas ia ditemui beberapa pekerja yang sedang membersihkan kawasan ladang itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kluang, Kapten (PA) Mohd Hairol Isahak berkata pihaknya menerima aduan berhubung penemuan haiwan berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari daripada seorang pekerja lalu bergegas ke lokasi.

“Ular sawa batik itu berjaya ditangkap kira-kira setengah jam kemudian dan dibawa ke pejabat APM Daerah Kluang bagi mengelakkan kejadian yang membahayakan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Haiwan itu kemudian diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut, katanya.

— BERNAMA