Kerajaan Pusat telah mengeluarkan dana serta mengambil alih liabiliti yang berjumlah RM25 bilion untuk aset-aset air negeri Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 kawasan di Daerah Hulu Langat bakal mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah ekoran kerosakan peralatan pengepaman di Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Dalam satu kenyataan Air Selangor memaklumkan, antara kawasan terbabit termasuk Balakong; Bandar Mahkota; Bandar Sungai Long; Bandar Tun Hussein Onn; Batu 9 hingga Batu 17 Jalan Langat; Beranang dan Kajang.

Kawasan-kawasan lain yang turut terjejas ialah Kampung Sungai Tekali; Mines; Taman Pingiran Delima; Taman Wawasan; Semenyih dan Sungai Ramal.

“Segala tindakan sedang diambil bagi mempercepatkan kerja pembaikan dan pemulihan bekalan kepada pelanggan terjejas.

“Air Selangor menggerakkan bantuan bekalan melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas,” katanya.

Pada masa sama, beberapa Pusat Khidmat Setempat Air Selangor akan diaktifkan sehingga bekalan pulih semula.

Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini status bekalan air melalui aplikasi ‘Air Selangor’ dengan menggunakan Google dan App Store.

Sebarang maklumat boleh diperolehi menerusi whatsapp di talian 0192816793 atau 0192800919. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast