Robert Mugabe

HARARE – Wang tunai bernilai hampir AS$1 juta dalam beg kepunyaan bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe telah dicuri.

Tiga orang yang didakwa di mahkamah awal bulan ini telah didakwa mencuri beg yang mengandungi wang tunai sebanyak AS$150,000.

Tetapi menurut “dokumen pengadilan yang dikemaskini” mengatakan wang yang hilang lebih daripada itu, menurut akhbar Herald yang melihat dokumen berkenaan.

Mugabe, 94, telah disingkirkan daripada jawatannya pada tahun 2017 selepas 37 tahun memerintah bermula daripada seorang Perdana Menteri dan kemudian sebagai Presiden.

Kes itu dilaporkan semula ketika Zimbabwe sedang bergelut dengan ekonomi yang teruk hingga menyaksikan harga makanan naik dua kali ganda pada minggu lalu.

Tunjuk perasaan ganas berlaku di Zimbabwe selepas penduduk tidak puas hati dengan kenaikan kos hidup, menyebabkan Presiden Emmerson Mnangagwa yang berada di Eropah pulang segera.

Kes kecurian wang Mugabe itu berlarutan sejak tahun 2016.

Semasa itu, Mugabe yang masih menjadi Presiden membawa wang berkenaan ke kampungnya di Zvimba.

Mugabe mendakwa telah menyerahkan beg itu kepada Contance Mugabe yang juga saudaranya, bekerja sebagai pembantu rumah.

Seorang lagi suspek adalah seorang pekerja pencuci.

Dalam kes ini, Mugabe mendakwa kehilangan itu berlaku 1 Disember 2018 awal Januari 2019.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast