Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Bukit Serene, di sini hari ini. - foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Menurut catatan di laman Facebook rasmi Sultan Johor yang turut disertakan beberapa keping gambar, ketibaan Dr Wan Azizah di perkarangan istana berkenaan pada 3 petang, disambut Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Ia merupakan kunjungan rasmi Dr Wan Azizah yang pertama sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan bersama baginda berdua itu berlangsung lebih sejam yang membincangkan pelbagai perkara dan Dr Wan Azizah turut diraikan dalam satu majlis santapan ringan.

— BERNAMA