Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak tidak faham dengan sikap DAP yang menuduh Barisan Nasional (BN) bermain isu agama dan bangsa hingga menyebabkan parti itu kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang berlangsung semalam.

Bekas perdana menteri berkata, DAP tidak sepatutnya menuding jari kepada BN ekoran kekalahan itu kerana segala sentimen yang dimainkan ketika berkempen adalah dari pihak mereka sendiri.

“Bukan kita yang kata Melayu, Cina dan India tidak akan mengundi Orang Asli ataupun membeli kuih dari mereka.

“Itu calon DAP sendiri. Bukan kita yang ugut Tok Batin Orang Asli akan dibuang jika mereka tak sokong PH. Itu rakan calon DAP dari PKR.

“Bukan kita juga yang menuduh Orang Asli bukan warganegara penuh Malaysia. Itu boss besar calon DAP sendiri. Kenapa mahu tuduh kita pula?” soalnya menerusi ciapan di Facebook.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu mengucapkan terima kasih kepada seorang warga emas yang meminta calon DAP menunjukkan surat daripada peguam bagi membuktikan janji-jani PH ketika berkempen pada PRK berkenaan.

“TQ Mak Cik! Rakyat tahu beza siapa yang ikhlas dan siapa yang sering menipu hanya untuk merebut kuasa. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/14/terkini-kenyataan-berani-mak-cik-mahathir-pun-tak-betul/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast