M. Manogaran

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang untuk mengambil tindakan terhadap calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ia susulan tindakan Manogaran memakai baju yang memaparkan logo PH di pusat mengundi ketika PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

NGO pilihan raya, Bersih sebelum ini menggesa SPR membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi DAP Pahang itu kerana tindakannya yang menyalahi Seksyen 26(1)(g) akta itu, yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Azhar Azizan Harun

Azhar Azizan HarunPengerusi SPR Azhar Harun berkata, pihaknya akan menyiasatan Manogaran mengikut seksyen itu “jika ada fakta yang menyokong dakwaan”.

“Saya akan mendapatkan nasihat perundangan daripada jabatan perundangan kita berkenaan semua dakwaan kesalahan pilihan raya yang dalam pengetahuan kami.

“Tindakan sewajarnya mungkin dalam bentuk laporan terhadap badan penyiasat yang bertanggungjawab. Berikan kami sedikit masa untuk menelitinya,” kata Azhar seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Manogaran dirakam memakai baju berlogo PH ketika tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Senderut di Kuala Lipis.

Dia kemudian diminta beredar dari situ.

Manogara memberi alasan tidak sedar memakai baju berkenaan kerana sudah dua minggu berbuat demikian tetapi alasan itu tidak dapat diterima. – MalaysiaGazette
.