Tengku Asmawi Tuan Umar
Tengku Asmawi Tuan Umar

KUALA LUMPUR – Bukan semua pengamal perubatan Islam mengambil kesempatan daripada perkhidmatan mereka, kata Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau yang juga salah seorang daripada pengamal perubatan alternatif itu tidak menolak kemungkinan ada kes salah guna berlaku tetapi menegaskan ia bukan pada Pusat Rawatan Islam Darussofwah miliknya.

“Saya tidak pernah kaya dengan hasil mahsul daripada bidang perubatan Islam.

“Tujuan asal saya membuka pusat rawatan Islam Darussofwah ini adalah untuk kebajikan sambil membantu sesama saudara baik muslim atau bukan muslim sambil berkongsi sedikit ilmu berkaitan yang saya miliki,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memberitahu, matlamatnya hanya membantu dan bukan menjadikannya lubuk mencari kekayaan.

“Saya selaku Penasihat Agama & Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia terlebih maklum akan hal ini di mana terdapat ramai yang kononnya membuat praktis rawatan dan pengubatan Islam dengan teknik-teknik halus bagi mengenakan kadar bayaran yang tinggi tetapi itu bukan saya.

“Jika orang tidak datang merawat dengan saya pun,saya lagi bersyukur sebab tidak menyusahkan dan menyemakkan jadual saya,” katanya yang juga menjadi pendakwah, pengacara sambilan dan pelakon dalam masa yang sama.

Tuan Asmawi berkata demikian merujuk kepada salah seorang komen warganet yang memandang rendah pusat rawatan Islam melalui ruangan komen di Facebook Rawatan Islam Darussofwah.

WhatsApp Image 2019-01-27 at 4.45.27 PM

Menurut Tuan Asmawi, pihaknya tidak meletakkan kadar bayaran kepada pesakitnya walaupun terpaksa mengeluarkan kos untuk masa, tenaga dan jarak perjalanan.

“Itulah sebabnya saya serik untuk berbuat demikian melainkan yang kes pesakit pesakit terlantar di rumah atau hospital. Jika mana-mana pihak atau individu yang pernah rasa saya menipunya,sila buat kenyataan umum atau laporkan kepada polis termasuk media.

“Saya mempunyai banyak urusan,amanah dan tugasan lain. Saya tidak pernah mengeluarkan produk dan menjaja di masjid serta berjualan seperti yang ditulis, justeru tidak elok untuk membuat tanggapan bahawa pengamal rawatan Islam adalah sama sifat dan cara operasinya.

“Sungguh pun pesakit-pesakit saya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti orang orang kenamaan,selebriti,artis tempatan,doktor dan doktor pakar perubatan, ustaz dan ustazah hatta pegawai pegawai agama serta lain lain,saya tidak pernah memeras mereka dengan bayaran yang bukan-bukan,itu terpulang ikhlas mereka,” luah Tuan Asmawi lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast